
SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD 393257-T
KENYATAAN MEDIA
2 APRIL 2011 SIARAN SEGERA
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN DI SUBANG JAYA
Kuala Lumpur - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan sekitar SS15 sehingga SS19, Subang Jaya disebabkan penurunan pada paras kolam Effingham, Bukit Gasing dan Subang Airport.
Kejadian ini telah menyebabkan agihan bekalan air dari saluran paip utama menjadi tidak stabil dan melibatkan kira-kira 9,000 akaun pengguna di kawasan sekitar Subang Jaya.
Setakat laporan ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah mengambil tindakan dengan meningkatkan bekalan air masuk ke kolam-kolam berkenaan ke tahap maksimum di ketiga-tiga kolam tersebut.
Sementara menanti bekalan air pulih seperti sediakala, pihak SYABAS telah menggerakankan lori-lori tangki bagi membantu membekalkan air kepada para pengguna yang terlibat. Pihak SYABAS akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan gangguan ini dan usaha-usaha yang dijalankan oleh SYABAS dari masa ke semasa untuk makluman para penduduk di kawasan terlibat.
Sehubungan itu, para pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung bekalan air disarankan untuk menghubungi talian bebas tol PUSPEL iaitu 1- 800 - 88 –5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau SMS ke 39222 dengan menaip: PUSPEL
..2/
2 APRIL 2011
SIARAN SEGERA
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN DI SUBANG JAYA m/s 2
dilaksanakan oleh pihak SYABAS. Selain itu, para pengguna juga boleh melayari laman sesawang Twitter dengan menaip www.twitter.com/puspel serta membuat carian ‘puspel syabas’ di Facebook.
- tamat -
ABDUL HALEM BIN HAJI MAT SOM
Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
Tel : 03-2088 5408 Faks : 03-2282 4154
HP : 012-2771527 Email : halem@syabas.com.my
ahms/en
0 comments:
Post a Comment